Monday, March 4, 2013

Perosak!! Deng...

Setelah seharian bekerja, of kos la balik nak tgk tanaman sihat mihat sokmonya... Akan tetapi langit tak semestinya cerah... Walaupon hari ini x hujan, tp guruh gemuruh dalam hati bila balik tgk tanaman "diganggu" makhluk misteri~ =_="

Selepas sebulan dok tanam pokok ni hanya dua saja makhluk yang mengganggu kehidupan pokok-pokok kami... 

1) Kucing
2) Angkut-angkut tanah ( entah betul ke tak... Wallahualam.. Kami panggil je.. Sapa bleh tolong kenalpasti, gambaq kat bawah~ huhu )

Dari penerangan di atas, of kos la makhluk misteri tersebut adalah Encik Kucing. Mulai hari ini, saya isytiharkan Encik Kucing "pengganas" walaupun dua tiga hari lepas saya rasa macam nak buat perjanjian damai je ngan Encik Kucing. Selepas ini, segala pencerobohan walaupon rasa nak rehat2 je kat rumah saya, Encik Kucing akan dijamu kasut terbang atau batu terbang. Kalau masih berdegil nk lepak juga kat rumah saya, insyaAllah, saya akan "sponsor" trip Encik Kuncing ke pasar terdekat.



Affected Plant : Capsicum, Salad & Tomato T_T
Capsicum tu dah la payah nak cari pokoknya~~



Angkut-angkut Tanah?? Tugasnya membuat lubang didalam tanah dan bertelur dengan jayanya~  Sapa yang mengenali sila konpemkan... Nak tahu juga cara membasmi mereka ni~ huhu~



Langkah-langkah yang telah diambil untuk mengelakkan pencerobohan berlaku~~

Hopefully selepas ini proses perjanjian damai berjalan dengan lancar dan serangga perosak dapat dikawal...




1 comment: