Monday, November 25, 2013

Penjenayah

Ni la rupa penjenayah kebun kat rumah ni..

Manjanya dia..

Sila jangan terpedaya dengan kecumelan yang dibuat-buat. Abang kawasan ni... selalu mai kencing kat depan rumah nak marking kawasan... haishh..

Pantang nampak tanah dalam pasu, situ la nak diberak, kencing dan muntah. Ingat tandas ka?? Sebagai peringatan pada diri sendiri dan orang lain juga, memang la bagus bela binatang tapi kena la jaga betul-betul. Sediakan tempat nak makan, berak dan jaga kesihatan dia. Baru semalam (10 p.m) bersihkan najis dia, pagi (8.a.m) dah ada pulak muntah dia dalam pasu pokok bunga kertas. Sanggup oo dia tolak ranting-ranting pokok bunga kertas yang berduri tu demi nak tunaikan hajat. Tegar sungguh!



yukkss





Solution... boh jaring...

Ni satu lagi tempat pembuangan najis..dia tolak jaring tu bagi jatuh n berakss dalam dua-dua besen tu.. so solution nya.. dua-dua besen tu letak tinggi kat depan pintu pagar. kalau berakss jugak xtau la..



CAT REPELLENT.. belum cuba, beli kat Daiso RM5 sepaket, ada satu blok. Harap berkesan. Biar dia larik macam kucing dalam gambar ni.. Hohoho


Kalau guna sebiji blok boleh halau kucing sejauh 1 meter (diameter).. separuh blok; halau 0.3m-0.5m. 1/4 blok halau 0.2-0.3m.

Sebenarnya, kalau boleh xmau la nak guna cat repellent ni, sebab ada kucing-kucing lain yang behave dan hanya singgah kat kawasan rumah untuk minum air dari kolam ikan gapi..

Bagus jugak ada kucing.. tadi sempat snap kucing kat rumah sebelah tengah dok ralit ulit si TIKUS... Tapi, ni kucing lain la, baik dan xpernah lagi berakks kat kawasan rumah ni. Mana dia dapat tikus tu xtau la, dari rumah atau bukit depan tu..


Ok, bye..

Thursday, October 24, 2013

The Return Of The Chillies... :)

Lalala.. ingat lagi pokok cabai yang sakit berkerinting dulu, lepas dipotong batang pokok terus tumbuh subur berbunga. Haa.. ni la gambar2 pokok cabai tu sekarang.. enjoy!




close up buah.. hee

Ni pulak anak pokok bendi, tumbuh sendiri dari benih pokok sebelum ni. kecik2 dah berbuah. Alhamdulillah~



Gambar2 lain untuk cuci mata.
Roselle yang lebat berbuah

aloe vera siap dah tumbuh anak kat tepi2 tu

ahli baru, sireh
Sekian update kali ni~

Bunga Kertas



Cubaan Membonsai

Hoho..baru-baru ini singgah nursery di Jitra. Sempat la belek pokok2 bunga kertas yang ada kat situ. Cantik.. tapi lupa la pulak nak snap gambar. Setiap pokok lebat mengeluarkan 3,4 jenis warna bunga.. Tiba-tiba dapat idea nak membonsai pokok bunga kertas. Kena pulak jiran sebelah rumah mak mertua tengah pangkas pokok bunga kertas yang tua. Rezeki2.. dapat la batang2 pokok yang dah besar2 macam ni.  

rendam dalam baldi je
Ada orang bagi petua, rendam dulu batang pokok bunga kertas sampai tumbuh pucuk, baru tanam dalam pasu. Tapi setengah orang terus tanam je, tumbuh jugak..

pucuk baru yang tumbuh
Ni batang pokok yang dah selamat ditanam dalam pasu. Saja bagi senget2, bajet bonsai kan...

selamat dalam pasu

Dengan harapan satu hari jadi macam ni.. hehe

gambar ehsan pakcik google~

Ni antara keratan yang berjaya ditanam ikut teknik rendam-tumbuh-tanam, rendam-tumbuh-tanam...eceh~

 berjaya ditanam
                                           
Boring la pulak kalau ada satu kaler ja, so mari kita kahwin sama itu pokok.. Pokok bunga putih dicantumkan pada pokok bunga merah.

cubaan kahwin pokok bunga kertas

close up
ok then, till next post~

Saturday, October 12, 2013

Time Too Short & It's October Already~~

Haloo~~ Last post May 2013... Huhu~ It's been quite busy weeks this few months... Sampai saya pon terfikir nak teruskan ke tak blog ni? Tapi dengan mesej & support kawan2 yang suruh update; tak sampai hati la pulak nak tutup~ Thanks guys...


Nothing much to report besides.... Rozelle dah ada buah.... Yeay!! But as much as we expected~ Pokok cabai (bahasa bakunya cili) dah ceria~~ Tengah berbunga~ There is one tip here regarding pokok cabai ni~ Kalau tengok dia sakit sangat (daun kering; daun kerdut; etc.)... Advisable potong terus batangnya sekali dengan daun.. Biarkan ia togel dengan batang tu for a few weeks... Bila daun baru naik... InsyaAllah dia dah immune dengan sakit dia sebelum ni~

Mahkota dewa pon tengah naik dengan ceria... Pokok lemon daun je banyak... Bunga tak tahu bila nak naik~ huhu~ Sapa2 ada tips utk pokok lemon ni bleh bagi kat saya~ Saya pon x tahu dah nak buat macamana lagi~ Baja citrus dah bubuh, baja bunga dah bubuh~ =.="  Menariknya tentang pokok lemon ni adalah dia sangat mudah membiak melalui keratan batang (sekarang dah ada 3 pokok~~ haha)... Tetapi nak menjaganya masyaAllah payah~ Ulat suka sungguh~ 

Sekarang cuba menambah untuk menanam Sabah's Snake Grass a.k.a. Pokok Belalai Gajah dekat sini plak~ Ambil kat kampung sebab tengok mudah sangat nak jaga~ Haha~ banyak khasiat pokok ni yang anda boleh google sendiri~ Bleh makan buat ulam saja~  


Bunga Rozelle Yang Tengah Mekar



"Buah" Yang Sudah Boleh Dipetik


Pokok Bunga Kertas


Pokok Lemon 1


Pokok Lemon 2


Pokok Cabai/Cili


Ikan Guppy Yang Membiak Dengan Jayanya

Planning after this adalah untuk menambah satu lagi "Kolam" ikan guppy memandangkan populasinya sudah agak tidak terkawal~ Hhuhu~

Gambaq agak sikit kerana beberapa upload menghampakan disebabkan brukben shilake~

Till then, sekian report untuk hari ini~~ :)



Tuesday, May 14, 2013

Monthly Roundup (April & May) Part 1

Sedar-sedar dah May. What the? Last post 25 March 2013?? Pemalas gila aku nak menulis~ Haha~ Ekceli bukan malas nak menulis tapi April - May ni banyak kepada menunggu hasil tanaman itu untuk berjaya dan bulan untuk berkempen :P ~ Fortunately, ada la jugak result yang memberangsangkan. Alhamdulillah..

To start, pada awal April ekceli ada satu lagi MoU antara saya dan rakan sekerja di mana anak pokok tomato dan pokok rozelle telah menjadi taruhan untuk ditukarkan dengan pasu. Sapa takmau pasu.. Tukaq dengan anak pokok saja plak tu. Haha... 

Menurut tuan punya pasu yang hanya mahu dikenali sebagai ummi & adik, pasu-pasu tersebut telah tidak digunakan lagi setelah renovation rumah. Tapi atas permintaan adik dan ummi beliau, gambar beliau dan anak pokok tidak dapat disiarkan. Jadi, hanya gambar pasu ja yang hangpa bleh tengok. Hehe~


Pasu yang banyak hampir membuatkan kami tamak tapi muka menten innesen...


Close up pasu yang cantik-cantik


Hasil tangkapan walaupon niat di hati nak pau banyak lagi~ Hehe~

Kepada ummi dan adik terima kasih banyak dengan sumbangan anda~ :)

Dalam pada itu, terdapat juga hasil tanaman yang telah selamat tercerna dalam perut kami berdua~ Antara yang obvious kami dah tuai adalah sawi, kacang bendi dan kangkung~ Kangkung dan kacang bendi adalah hasil non-stop apabila kedua-dua sayur ini mencapai tempoh matang mereka~ Jenuh nak makan~ Kalau takat 2 orang tu bela 2 pokok kacang bendi dan dua pokok kangkung dah cukup untuk anda berdua makan~ Huhu..




Sawi


Hasil Tuaian


Contoh Hidangan untuk 2 orang :)


Non Stop Kangkung



Kacang Bendi 3 Hari

Mungkin tuan puan tertanya-tanya kenapa saya tulis kacang bendi 3 hari kan? Ini adalah kerana kalau hari ini kita nampak secotet keluar dia punya muncung.. Konfem tiga hari lepas tu dah boleh makan~ Kalau lambat dia secara automatik akan jadi tua~ Huhu....

I think that's all for Part 1. Tulis panjang-panjang nanti korang bosan pulak~ See you till next post!! :)






Monday, March 25, 2013

The Pet Project

Ever heard of an upside-down tomato? Well, you can refer here :

http://justlive.us/physical/make-your-own-upside-down-tomato-planter/

Nampak cam senang kan? Tp nakhorommm payah gilabab~ Sebab nampak "senang" sangat, saya dengan semangat berkobar-kobar telah prepare bahan-bahan untuk buat~ 


Tissue, Botol Air & Tanah


Botol Yang Dipotong Bawahnya

Cara2nya secara mudah :

1) Letak  tisu atas tanah.
2) Letak tanah atas tisu beserta pokok yang anda nak tanam. 
3) Balut bahagian akar pokok dengan tisu berserta dengan tanah yang lembab tersebut. (lembabkan pakai air; bukan benda lain ye) - Gambo x dapat tangkap sebab tangan tgh kototr ya amat.
4) Masukkan akar yang dibalutkan tadi ke dalam botol - ini tricky part~~ muncung botol tu kecik mmg payah ya amat nak masukkan. So, saya masukkan dari dalam ke luar~ Trial ni adala pokok tu terkeluar balik 2,3 kali....
5) Sumbat tisu sampai dapat halang tanah dari ke luar botol.
6) Start adding up some tanah secukup rasa.
7) Gantung lah kat mana2 korang suka.


Tudienn~ Sunkist kurang manis~

Saya tak rasa pokok ni akan hidup lama sebab macam2 cara dia telah lalui untuk jadi macam tu~ Kalau dapat hidup juga dengan ceria, ia mungkin kejaiban dunia yang ke-8 saya rasa~ :P




It's Time & The New Family~

It's been awhile since I made the last post~ So, today, I'm going to make 2 posts instead~~ Hehe~

Projek kebun kecil sudah mula menampakkan hasil nampaknya~ Hujung minggu ini dah buleh makan kangkung dan sawi~  Kangkung dah 2nd time makan dah ni~ 

Pokok tomato pula memberi semangat baru kepada kami dengan menghasilkan bunga~ Harap2 x lama lagi buleh nampak la hasilnya~ :)

Pokok bendi pulak semakin membesar; estimated time to shows some result; 3 more weeks I think~ :P


Yearghhh~~ Sudah ceria~~

Terdapat tambahan pokok yang kami cuba tanam melalui percambahan batang tapi tak tahula ia akan berjaya atau tak~ welcome mulberry, limau kasturi dan limau purut~ harap2 ceria la hendaknya~ :)



Newcomers~ + Pokok Limau Kasturi Batik~ :)