Monday, March 25, 2013

The Pet Project

Ever heard of an upside-down tomato? Well, you can refer here :

http://justlive.us/physical/make-your-own-upside-down-tomato-planter/

Nampak cam senang kan? Tp nakhorommm payah gilabab~ Sebab nampak "senang" sangat, saya dengan semangat berkobar-kobar telah prepare bahan-bahan untuk buat~ 


Tissue, Botol Air & Tanah


Botol Yang Dipotong Bawahnya

Cara2nya secara mudah :

1) Letak  tisu atas tanah.
2) Letak tanah atas tisu beserta pokok yang anda nak tanam. 
3) Balut bahagian akar pokok dengan tisu berserta dengan tanah yang lembab tersebut. (lembabkan pakai air; bukan benda lain ye) - Gambo x dapat tangkap sebab tangan tgh kototr ya amat.
4) Masukkan akar yang dibalutkan tadi ke dalam botol - ini tricky part~~ muncung botol tu kecik mmg payah ya amat nak masukkan. So, saya masukkan dari dalam ke luar~ Trial ni adala pokok tu terkeluar balik 2,3 kali....
5) Sumbat tisu sampai dapat halang tanah dari ke luar botol.
6) Start adding up some tanah secukup rasa.
7) Gantung lah kat mana2 korang suka.


Tudienn~ Sunkist kurang manis~

Saya tak rasa pokok ni akan hidup lama sebab macam2 cara dia telah lalui untuk jadi macam tu~ Kalau dapat hidup juga dengan ceria, ia mungkin kejaiban dunia yang ke-8 saya rasa~ :P




It's Time & The New Family~

It's been awhile since I made the last post~ So, today, I'm going to make 2 posts instead~~ Hehe~

Projek kebun kecil sudah mula menampakkan hasil nampaknya~ Hujung minggu ini dah buleh makan kangkung dan sawi~  Kangkung dah 2nd time makan dah ni~ 

Pokok tomato pula memberi semangat baru kepada kami dengan menghasilkan bunga~ Harap2 x lama lagi buleh nampak la hasilnya~ :)

Pokok bendi pulak semakin membesar; estimated time to shows some result; 3 more weeks I think~ :P


Yearghhh~~ Sudah ceria~~

Terdapat tambahan pokok yang kami cuba tanam melalui percambahan batang tapi tak tahula ia akan berjaya atau tak~ welcome mulberry, limau kasturi dan limau purut~ harap2 ceria la hendaknya~ :)



Newcomers~ + Pokok Limau Kasturi Batik~ :)


Wednesday, March 13, 2013

The Walking Dead

Sejauh mana saya meminati cerita bersiri di atas, sejauh itu jugalah saya nak relatekan dengan kebun kecil kami~ Dah nak dekat tiga minggu pokok bendi dan sawi dijangkiti penyakit misteri~ Daun seperti kekuningan seperti tak cukup baja tapi baja subsidi dibahagi sama rata ja~ xdak yang makan lebih~ tak kan lah kami nak mensia2kan baja subsidi dengan menjualnya pada 3rd party kot kan? hehe~ Harap2, pokok2 di sekitarnya tidak dijangkiti penyakit yang sama~ Kalau tidak, kemungkinan untuk saya mendapat posttraumatic stress disorder adalah amat tinggi~ Kalau buleh pukul pokok2 zombie ni sampai mampus, I ok je.. tp dah bela dari kecik kot~ hehe~


The Plant was Like Pfft~ =.="


See the sawi~ affected~ 


Antara 2 darjat~ Sawi dgn bendi~ Mana lagi hijau? Please don't get affected encik sawi~~


So, sesiapa yang tahu siapa atau apakah dalang yang membuatkan pokok saya jadi begini diminta tampil ke hadapan dengan hujah yang bernas~ Nanti saya belanja cekelat hacks 2 bijik~ Sekian~ :)



Tuesday, March 12, 2013

The New Housing

Kebelakangan ini ( sila baca dah lama dah... ) kami mendapati bahawasanya dua pokok seperti mengalami sindrom down.. Pokok pertama adalah pokok Lemon atau dalam bahasa melayu nya "Lemon" yang asik tumbuh daun saja~~ Dan pokok cili yang daunnya seperti mengalami kecacatan kekal~ Dan petang tadi pokok2 tersebut telah dipindahkan ke tempat baru mereka~~ Semoga dengan perpindahan ini pokok tersebut akan mengalami proses kesuburan yang mantop bergaya~

Sebelum...


Pokok Cili : Suspek tanah yang tidak sesuai~ banyak batu~


Pokok Lemon : Pokok besar, pasu kecik.. Hmmm....


Selepas...


Dua pokok yang bakal ceria...


Pokok Lemon yang tengah bahagia dalam pasu baru~  With a little bit of booster~ :P


The Booster : Lepas ni sila la mengeluarkan buah ye encik lemon~ 



Tender and juicy soil for the chilli~ 





Monday, March 4, 2013

Meanwhile across the sea.....

Knowingly, maka hari ini terjadilah satu MoU antara wifey dan rakan sekerjanya,Syuhaila yang mana dalam MoU itu telah termeterai bahawasanya; kami dikehendaki memberi anak pokok kacang bendi dan tomato in exchange of anak pokok tomato ceri. Dengan termeterainya MoU ini, diharap perusahaan kacang bendi dan pokok tomato cik syuhaila akan berkembang pesat la hendaknya... :)



Anak pokok kacang bendi dan tomato yang telah bersedia untuk ditukarkan...



Perusahaan perkebunan cik syuhaila...


Anak pokok Tomato Ceri yang telah berjaya ditukarkan....

Sekali lagi... dengan termeterai MoU ini maka, bertambahlah keluarga pokok dekat halaman rumah kami dan halaman kediaman cik syuhaila~ Semoga pokok2 tersebut suburlah hendaknya~ 



Perosak!! Deng...

Setelah seharian bekerja, of kos la balik nak tgk tanaman sihat mihat sokmonya... Akan tetapi langit tak semestinya cerah... Walaupon hari ini x hujan, tp guruh gemuruh dalam hati bila balik tgk tanaman "diganggu" makhluk misteri~ =_="

Selepas sebulan dok tanam pokok ni hanya dua saja makhluk yang mengganggu kehidupan pokok-pokok kami... 

1) Kucing
2) Angkut-angkut tanah ( entah betul ke tak... Wallahualam.. Kami panggil je.. Sapa bleh tolong kenalpasti, gambaq kat bawah~ huhu )

Dari penerangan di atas, of kos la makhluk misteri tersebut adalah Encik Kucing. Mulai hari ini, saya isytiharkan Encik Kucing "pengganas" walaupun dua tiga hari lepas saya rasa macam nak buat perjanjian damai je ngan Encik Kucing. Selepas ini, segala pencerobohan walaupon rasa nak rehat2 je kat rumah saya, Encik Kucing akan dijamu kasut terbang atau batu terbang. Kalau masih berdegil nk lepak juga kat rumah saya, insyaAllah, saya akan "sponsor" trip Encik Kuncing ke pasar terdekat.



Affected Plant : Capsicum, Salad & Tomato T_T
Capsicum tu dah la payah nak cari pokoknya~~



Angkut-angkut Tanah?? Tugasnya membuat lubang didalam tanah dan bertelur dengan jayanya~  Sapa yang mengenali sila konpemkan... Nak tahu juga cara membasmi mereka ni~ huhu~



Langkah-langkah yang telah diambil untuk mengelakkan pencerobohan berlaku~~

Hopefully selepas ini proses perjanjian damai berjalan dengan lancar dan serangga perosak dapat dikawal...




Sunday, March 3, 2013

Selamat Datang Ke Kebun Kecil Kami

Setakat ini dah satu bulan saya dan isteri mula bercucuk tanam.... Mari "melawat" hasil kebun kami...  

Pokok bawang, Karipole & Roselle

Anak Pokok Tomato Yang Surprisingly Banyak

Our so called "Batas"


Our so called "Fish Pond"



Mixed Plant : Ada Sawi, Kailan, Salad & Cili etc.

Besen Besaq : Ubi-ubian

Anak Pokok Kacang Bendi Otw.. :)

Intro

Blog ini akan didekasikan untuk hobi saya dan isteri dalam bercucuk tanam.. Kami masih amateur... Banyak tunjuk ajar yang kami perlukan.. :)