Thursday, October 24, 2013

The Return Of The Chillies... :)

Lalala.. ingat lagi pokok cabai yang sakit berkerinting dulu, lepas dipotong batang pokok terus tumbuh subur berbunga. Haa.. ni la gambar2 pokok cabai tu sekarang.. enjoy!




close up buah.. hee

Ni pulak anak pokok bendi, tumbuh sendiri dari benih pokok sebelum ni. kecik2 dah berbuah. Alhamdulillah~



Gambar2 lain untuk cuci mata.
Roselle yang lebat berbuah

aloe vera siap dah tumbuh anak kat tepi2 tu

ahli baru, sireh
Sekian update kali ni~

Bunga Kertas



Cubaan Membonsai

Hoho..baru-baru ini singgah nursery di Jitra. Sempat la belek pokok2 bunga kertas yang ada kat situ. Cantik.. tapi lupa la pulak nak snap gambar. Setiap pokok lebat mengeluarkan 3,4 jenis warna bunga.. Tiba-tiba dapat idea nak membonsai pokok bunga kertas. Kena pulak jiran sebelah rumah mak mertua tengah pangkas pokok bunga kertas yang tua. Rezeki2.. dapat la batang2 pokok yang dah besar2 macam ni.  

rendam dalam baldi je
Ada orang bagi petua, rendam dulu batang pokok bunga kertas sampai tumbuh pucuk, baru tanam dalam pasu. Tapi setengah orang terus tanam je, tumbuh jugak..

pucuk baru yang tumbuh
Ni batang pokok yang dah selamat ditanam dalam pasu. Saja bagi senget2, bajet bonsai kan...

selamat dalam pasu

Dengan harapan satu hari jadi macam ni.. hehe

gambar ehsan pakcik google~

Ni antara keratan yang berjaya ditanam ikut teknik rendam-tumbuh-tanam, rendam-tumbuh-tanam...eceh~

 berjaya ditanam
                                           
Boring la pulak kalau ada satu kaler ja, so mari kita kahwin sama itu pokok.. Pokok bunga putih dicantumkan pada pokok bunga merah.

cubaan kahwin pokok bunga kertas

close up
ok then, till next post~

Saturday, October 12, 2013

Time Too Short & It's October Already~~

Haloo~~ Last post May 2013... Huhu~ It's been quite busy weeks this few months... Sampai saya pon terfikir nak teruskan ke tak blog ni? Tapi dengan mesej & support kawan2 yang suruh update; tak sampai hati la pulak nak tutup~ Thanks guys...


Nothing much to report besides.... Rozelle dah ada buah.... Yeay!! But as much as we expected~ Pokok cabai (bahasa bakunya cili) dah ceria~~ Tengah berbunga~ There is one tip here regarding pokok cabai ni~ Kalau tengok dia sakit sangat (daun kering; daun kerdut; etc.)... Advisable potong terus batangnya sekali dengan daun.. Biarkan ia togel dengan batang tu for a few weeks... Bila daun baru naik... InsyaAllah dia dah immune dengan sakit dia sebelum ni~

Mahkota dewa pon tengah naik dengan ceria... Pokok lemon daun je banyak... Bunga tak tahu bila nak naik~ huhu~ Sapa2 ada tips utk pokok lemon ni bleh bagi kat saya~ Saya pon x tahu dah nak buat macamana lagi~ Baja citrus dah bubuh, baja bunga dah bubuh~ =.="  Menariknya tentang pokok lemon ni adalah dia sangat mudah membiak melalui keratan batang (sekarang dah ada 3 pokok~~ haha)... Tetapi nak menjaganya masyaAllah payah~ Ulat suka sungguh~ 

Sekarang cuba menambah untuk menanam Sabah's Snake Grass a.k.a. Pokok Belalai Gajah dekat sini plak~ Ambil kat kampung sebab tengok mudah sangat nak jaga~ Haha~ banyak khasiat pokok ni yang anda boleh google sendiri~ Bleh makan buat ulam saja~  


Bunga Rozelle Yang Tengah Mekar



"Buah" Yang Sudah Boleh Dipetik


Pokok Bunga Kertas


Pokok Lemon 1


Pokok Lemon 2


Pokok Cabai/Cili


Ikan Guppy Yang Membiak Dengan Jayanya

Planning after this adalah untuk menambah satu lagi "Kolam" ikan guppy memandangkan populasinya sudah agak tidak terkawal~ Hhuhu~

Gambaq agak sikit kerana beberapa upload menghampakan disebabkan brukben shilake~

Till then, sekian report untuk hari ini~~ :)