Tuesday, May 14, 2013

Monthly Roundup (April & May) Part 1

Sedar-sedar dah May. What the? Last post 25 March 2013?? Pemalas gila aku nak menulis~ Haha~ Ekceli bukan malas nak menulis tapi April - May ni banyak kepada menunggu hasil tanaman itu untuk berjaya dan bulan untuk berkempen :P ~ Fortunately, ada la jugak result yang memberangsangkan. Alhamdulillah..

To start, pada awal April ekceli ada satu lagi MoU antara saya dan rakan sekerja di mana anak pokok tomato dan pokok rozelle telah menjadi taruhan untuk ditukarkan dengan pasu. Sapa takmau pasu.. Tukaq dengan anak pokok saja plak tu. Haha... 

Menurut tuan punya pasu yang hanya mahu dikenali sebagai ummi & adik, pasu-pasu tersebut telah tidak digunakan lagi setelah renovation rumah. Tapi atas permintaan adik dan ummi beliau, gambar beliau dan anak pokok tidak dapat disiarkan. Jadi, hanya gambar pasu ja yang hangpa bleh tengok. Hehe~


Pasu yang banyak hampir membuatkan kami tamak tapi muka menten innesen...


Close up pasu yang cantik-cantik


Hasil tangkapan walaupon niat di hati nak pau banyak lagi~ Hehe~

Kepada ummi dan adik terima kasih banyak dengan sumbangan anda~ :)

Dalam pada itu, terdapat juga hasil tanaman yang telah selamat tercerna dalam perut kami berdua~ Antara yang obvious kami dah tuai adalah sawi, kacang bendi dan kangkung~ Kangkung dan kacang bendi adalah hasil non-stop apabila kedua-dua sayur ini mencapai tempoh matang mereka~ Jenuh nak makan~ Kalau takat 2 orang tu bela 2 pokok kacang bendi dan dua pokok kangkung dah cukup untuk anda berdua makan~ Huhu..




Sawi


Hasil Tuaian


Contoh Hidangan untuk 2 orang :)


Non Stop Kangkung



Kacang Bendi 3 Hari

Mungkin tuan puan tertanya-tanya kenapa saya tulis kacang bendi 3 hari kan? Ini adalah kerana kalau hari ini kita nampak secotet keluar dia punya muncung.. Konfem tiga hari lepas tu dah boleh makan~ Kalau lambat dia secara automatik akan jadi tua~ Huhu....

I think that's all for Part 1. Tulis panjang-panjang nanti korang bosan pulak~ See you till next post!! :)